Friday, 23 January 2015

D'King Mee Udang Banjir

Dah mentioned pada entry yang lepas, kami sekeluarga buat 1st trip ke Krabi. Dari KL driving sampai ke sempadan, tidur semalaman dan esoknya teruskan perjalanan 4-5 jam ke Krabi.

Dari KL bertolak dalam pukul 2 petang. Sampai Sungai Petani dah 8 malam. Memang dah niat nak singgah makan kat sini.


Dapat gak merasa makan mee udang banjir ni. Dulu asben tayang je gambar dalam wassap, time tu dia pergi dengan kawan²nya, on the way balik dari Krabi lepas race basikal. Now, alhamdulillah it's our turn. Betul² sedap!!~



Order ikut berapa ekor udang kita nak dalam hidangan tu. Ada jugak order mee goreng tapi lupa plak nak ambil gambar sebab mee goreng sampai waktu tengah syiok makan mee udang banjir hehehe.

Landmark Giant simpang empat Sg. Petani



Thursday, 22 January 2015

Pulut Kelapa Ikan Panggang

Teringin giler nak makan pulut kelapa cicah ikan ni. Balik Terengganu haritu kejap sangat so impian tak tercapai.

So mentang² dapur dah baru, semangat memasak sangat rajen so apa salahnya buat sendiri. Bukan susah sangat pun....


Tanak beras pulut, beli kelapa parut. Panggang ikan ataupun goreng ikan kering pun boleh. Tapi aku lebih suka makan dengan ikan panggang. Lebih feeeelllllllllllllll....

Pertama kali buat, nasi lembik skit. Maklumlah, firstime masak beras pulut. Aku samakan paras air macam tanak nasi biasa. Rupanya kena kurangkan sikit air dari biasa.




Second time buat lebih sempurna. Pulut masak sedang elok. Wahhh siap boleh buat gumpal, sejibik macam orang jual kat kedai, kekekeke

Oh, ikan tu aku panggang dalam pemanggang ajaib. Memang ajaib sungguh!! Ikan cantik tak terkupas kulit dan rasanya lebih juicy tak macam kita panggang atas jaring pemanggang selalunya juice ikan akan menitik atas dapur dan hilangkan rasa manis ikan tu. 

Wednesday, 21 January 2015

Percutian Luar Negara

Aku bukanlah tergolong dalam golongan orang yang 'senang'. Tapi syukur, rezeki Allah bagi aku kumpul² untuk menikmati dan merasai kehidupan di negara orang. Kalau boleh, once in a year nak keluar bercuti. InsyaAllah.

Kebiasaannya, aku travel dengan kawan². Asben tak minat nak bercuti. Knowing him, bercuti katanya adalah duduk dan rileks di hotel. Bangun cari makan dan balik hotel rileks.

But thanks God, dia sporting dan izinkan aku travel dengan kawan². Tinggalkan anak² dengannya. Alhamdulillah!!

Tapi percutian Krabi adalah percutian luar negeri pertama kami satu keluarga. Percutian yang betul² percutian, bukan tinggal di hotel semata². Thanks to his friend sebab guide kami sepanjang di Krabi. Percutian yang paling fun antara kami satu keluarga.






Aku dah jejak kaki 2 kali di Bali. Kedua-dua trip ni sponsored dari company, yang berlainan. Percutian pertama dulu dengan company arkitek. Lebih enjoy, agaknya sebab usia lebih muda. Hehehe.

Dua lagi tempat yang aku pergi adalah urusan kerja. Aku tak kira sebagai percutian maka, tak ada apa yang aku nak banggakan kat sini.


Nanti kalau ada mood, aku cerita satu persatu percutian² yang pernah berlaku dalam hidup aku. As I said, ikut mood bermakna takkan ikut susunan. Suka hati aku nak citer tang mana. Those nak buat reference, pandai² korek dan match kan entry tu especially entry Korea sebab itinerary Korea sangat penting bagi sesiapa yang nak buat backpack. 

Monday, 19 January 2015

Fiske Steakhouse, Jadi Tempat Favourite Sekeluarga


Mulanya asben yang bawa kami makan kat sini. Katanya nak try asam pedas. Jadi pada hari pertama kitorang makan kat Fiske Steakhouse ni, asben order set nasi dan asam pedas. Kami anak beranak order pelbagai steak. Sorang satu menu sebab nanti boleh tukar² rasa.

Ehhh sebenarnya, aku le... boleh cuit² rasa. Budak² mana pandai nak tukar² rasa ni. Diorang makan apa yang diorang order je la.

Selesai makan, terkejut time nak bayar bill. Berbaloiiii!!




My favourite roasted chicken

Gambar kat atas, kitorang pergi for dinner Jumaat yang lepas. Mira belanja. Ada rezeki lebih. Ehem ehem... Rezeki BR1M.... apa salahnya belanja kannnn. Asben, Yours truly, Mira, Zulfan, Zulaikha, Zikri not included Zaim yang tumpang² menu, bill tak sampai RM100. Surprise tak??

So... recommended!! Sapa nak cuba silakanlah!

Ini map nak ke sana


Friday, 16 January 2015

10 Nama Malaikat Dan Tugas-tugasnya


1.          JIBRAIL       - Menyampaikan wahyu kepada rasul & nabi

2.          MIKAIL        - Memberi rezeki

3.          ISRAFIL       - Meniup sangkakala

4.          IZRAIL         - Mencabut nyawa

5.          MUNKAR      - Menyoal manusia di dalam kubur

6.          NAKIR         - Menyoal manusia di dalam kubur

7.          RAQIB         - Mencatat kebaikan

8.          ATID           - Mencatat kejahatan


9.          MALIK         - Menjaga pintu neraka


Rujukan buat ibu² yang ingat² lupa bila disoal anak. Hehehehe

Thursday, 15 January 2015

Intai-Intai

Haritu masa orientasi ya aku yang hantar tapi orientasi kan kejap je. The real school, masa 1st day masuk sekolah, asben yang hantar. Hantar je tak tunggu lama pun. 


So harini berpeluang nak intai² new student tu... Alaaa, harini kan dapat Bantuan Sekolah. So asben suruh aku gi amik. Sesambil tu curi² peluang tengok anak dara.

Amboiii gigih mewarna sampaikan tak sedar aku dah settle pun ambil duit dari cikgu.

Heehehe, senang hati tengok Zulaikha takde masalah. Belajar rajin² Ika!!~

Wednesday, 14 January 2015

Rindu Kat Seaweed Soup Handmade Noodle


Nampak jee cenggini tapi rasa dia walllaaaaaaaaaaaaaa!!! Untuk peminat² seaweed sahaja. Siapa tak minat, kasi apapun jadi tak sedap!

Datang ke kedai ni secara kebetulan lepas penat berjalan dari Bukchon Hanok Village. Entry ni dah buat kat blog lama, tapi sebab rindu rasa nak makan handmade noodle ni aku repost balik. Uhhh rasa nak fly ke Seoul semata² nak makan benda ni.




Dari subway station Line 3 turun di Anguk Station Exit 2. Itu dia lorong nak masuk ke kedai ni. Sempit sangat, jangan sampai tak perasan. Aku bertuah sebab on the way balik nampak signboard kuning yang diletakkan kat tepi jalan. Sajer try² masuk nak tengok environment kedai cemana. Kalau bersih dan rasa tak was² boleh la masuk. Alhamdulillah.



Bersih dan selesa. Taukeh kedai ni pun mesra Muslim. Bila kitorang nak pesan, no ham no gogi dia angguk², katanya dia faham orang yang berhijab. Kemudian Yana nak order dumpling katanya tak boleh sebab ada ham. Alhamdulillah, kami yakin sangat untuk makan kat sini.

Oh, lupa nak bagitau. Aktiviti kami pagi tu ke Bukchon Hanok Village berdua dengan Yana. Elly & Cikmat tak ikut sebab diorang tak larat nak jalan. So aku suruh diorang stay je dulu kat motel. Nanti pukul 9 pagi aku balik ke motel baru start itinerary sama². 

Dan oh, ya! Hint puzzle untuk entry kali ni adalah hari ketiga.

Total makan berdua pagi tu 13,000 won. Pejam mata, anggap je macam RM13. 


Handmade Noodle with Clam

1st time rasa kimchi original.... sedapnyaaaaaaaaaa!!!

Sebab sedap sangat makan kat sini. Kami pun ajak Elly & Cikmat datang untuk dinner. Taukeh tu senyum² tengok aku repeat datang. Hehehehe

Ini dia menu kitorang untuk dinner


merasa jugak makan nasi kaler ni, selalu tengok dalam drama je diorang makan. Hmmm takde rasa pelik pun cuma warna je lain.

sotong dengan taugeh. Pelik.. makan pulak aku taugeh ni, tapi tak banyak ler

pancake yang kitorang makan macam telur dadar. Hahaha

stew campur macam²


For dinner pulak kami bayar 56,000 won. Kongsi empat orang baru 14,000 won sorang. Eerrrr, macam aku cakap tadi anggap je RM14 kita makan kat Malaysia. Kalau korang makan pun nak convert duit alamatnya memang tak makan. 

Makin tengok gambar, makin kecur liur. Acaner? Terbang kejap boleh? semata² nak gi Anguk.